Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualikum! Hi I'm Hanni Nisya a.k.a Ervanisya. Welcome to My Paris Town. Replace With Yours. Gomawo!


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Sila tinggalkan jejak anda di sini ya.
Click button follow,I akan follow U balik.

>
!

Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others: Hanni Nur Ervanisya


Selamat Tinggal Semua

Assalamualaikum.Ye saya di sini.Dah berapa bulan tak buat entry baru.Dan ini mungkin entry yang terakhir saya akan buat untuk blog ini.Harap maklum.Blog ini ye.Okey panggilan pun dah bertukar sedikit formal.Rasanya untuk entry ini guna saya-awak je lah.Maaf semua.Okey macam ada yang sudi je nak baca entry ini.Maaf kalau entry saya kali ini agak kaku.Sebenarnya saya cuma nak orang tahu,ini diri saya yang sebenar.Sebelum ini,cuma palsu je lebih.Saya sebenarnya bukan jenis yang periang,peramah dan yang sewaktu dengannya.Hidup saya ini tak lah indah mana.Tapi syukur.

Saya juga nak minta maaf sebab semua entry yang ada sebelum ini terpaksa saya padam.Jadi blog ini,tinggal entry ini sahajalah merangkap entry yang terakhir daripada saya.Untuk hari yang seterusnya,janganlah tanya pasal saya lagi.Ke mana saya menghilang.Dan soalan yang selalu dapat.Apa jadi dengan FOR?Bila penamatnya?Okey sebenarnya saya dah tak menulis pasal FOR.Biarlah FOR itu jadi kenangan dalam hidup saya je.Bagaimana penamatnya,biarlah saya sahaja yang simpan.

Sebenarnya blog ini tercipta pun disebabkan FOR.Jadi,bila berakhirnya kisah FOR,berakhir jugalah kisah di blog ini.Maaf ye semua.Saya terpaksa.Sebab blog ini banyak sangat kenangan buat diri saya.Apa kenangan dia.Biarlah saya sahaja yang tahu.Sebab kenangan.Saya terus hidup di masa lalu.Saya terpaksa buat semua ini untuk jaga hati sendiri juga.Sebab dah terlalu penat untuk segalanya yang telah berlaku.Dahulu,semasa ianya masih saya lalui,sayalah orang yang sering bergelak tawa,namun kini,bila ianya sudah menjadi kenangan,sayalah orang yang menangis derita.Untuk semua,maafkan segala salah dan silap saya.

Untuk semua yang mengenali saya secara langsung atau tidak melalui blog ini.Saya minta maaf sangat-sangat andai selama saya menulis di blog ini ada yang makan hati,mahupun tersinggung dengan kata-kata saya.Untuk budak cb yang mengenali saya,terutama insan yang selalu memberi idea untuk menulis FOR juga insan yang pernah hadir dan menjadi sahabat saya di alam maya ini.*U know who u are*.Saya minta maaf sangat-sangat.Untuk segala-galanya.Segala yang telah terjadi.Hanya maaf yang mampu dituturkan.Untuk semua,yeah saya akan rindu awak semua.Terimalah coretan-coretan kecil yang saya tulis sepanjang saya menulis di blog ini.

Kalau kau inginkan kesempurnaan.
Jangan cari aku.
Sebab aku ni kotor.
Penuh dengan dosa.
Aku tak sempurna.
Aku takut.
Dengan satu kesalahan.
Kau akan terus membenciku.
Jangan.
Kelak aku akan terseksa.

Jangan hampiri aku.
Usah dekati tubuh aku.
Aku takut.
Kelak kau terkena percikan dosaku.
Jangan.
Kelak kau akan terus menghinaku.

Terima kasih.
Untuk segala-galanya.
Terima kasih kerna sudi menjadi sahabat aku.
Terima kasih kerna hadir dalam hidup aku.
Walau semuanya sebentar.
Namun kenangan.
Kita masih bersama.

Maafkan aku semua.
Aku tidak sempurna.
Jangan cari aku.
Tatkala aku sudah mahu mengundur diri.
Kerna pasti sakit yang lebih ku rasakan.
Tatkala ucapan selamat tinggal itu terus diungkapkan.

Aku tidak kuat.
Bila-bila sahaja tubuhku boleh rebah.
Bila-bila sahaja tawaku boleh ditangiskan.
Dan bila-bila sahaja aku boleh tenggelam.
Ke dalam lamunan lama.
Yang masih segar di kotak ingatan.

Untuk semua.Maafkan aku.Sesungguhnya aku memerlukan ungkapan maaf dari dirimu.Walau tidak dapat aku dengar dengan telinga.Cukuplah sekadar ku melihatnya dengan mata.Cukuplah aku tersenyum melalu hati.Cukuplah.Maafkan aku.Untuk segalanya.Ungkapan maaf itu indah.Tampak indah jika kemaafan itu disertakan dengan keikhlasan.Umpama madu yang sering dijadikan penawar pabila sakit.Bagaikan penawar bagi kedukaan.Walau keikhlasan itu tidak dapat dilihat.Cukuplah hanya hati yang mengetahui.Maafkan aku.Untuk segalanya.Assalamualaikum.

'Aku tak nak bersahabat atas nama bestfriend sebab akhirnya ada ungkapan 'end' tetapi aku nak talian persahabatan itu terjalin di atas ukhuwah yang akan terus membawa kepada fillah till jannah'




0 Comment(s)